Thursday 29 March 2012

ISU-ISU TATABAHASA


Assalamualaikum,

Apabila cikgu mengajar,cikgu akan sentiasa melihat kelemahan adik-adik dalam bidang tatabahasa dalam menggunakan “ AMAT ENAK SEKALI “..kali ini cikgu akan perbetulkan kesilapan tu..silap tu..yang betul ..tengok di bawah ….sila…sila…

1.      Masakan ibu amat enak sekali.

2.       Budak lelaki itu sungguh bijak.

3.      Kereta itu sangat maha sekali.

Huraian:

Kata penguat bebas, iaitu amat, sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat bebas tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan. Untuk mengungkapkan darjah penghabisan, penggunaan belakang sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat bebas tersebut..Jumpa lagi..baca jangan tak baca tau...

BINGKISAN BAHASA,

DBP WILAYAH SELATAN

BIL.1/2006


ISU-ISU TATA BAHASA

Assalamualaikum, bertemu kembali adik-adik..
Hari ini cikgu akan berkongsi dengan adik-adik pelajar tentang perkataan " BANYAK".Mari kita belajar bersama dengan cikgu..

1. Penulis yang mempunyai banyak pengalaman menghasilkan karya yang bermutu.
2. Penulis yang mempunyai banyak pengalaman dapat menghasilkan karya yang bermutu.
3. Penulis yang mempunyai pengalaman yang banyak dapat menghasilkan karya yang bermutu.

Huraian :

          Perkataan banyak tergolong dalam golongan kata bilangan tak tentu dan kata adjektif. Oleh sebab itu ayat ( 1 ) adalah betul kerana kata kerja transitif mempunyai diikuti oleh kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Begitu juga halnya dengan ayat ( 2 ) dan ayat ( 3 ) yang tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pengguna bahasa. Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul.
Selamat Membaca..

Bingkisan Bahasa
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Wilayah Selatan
Bil. 1/2006.

Sunday 25 March 2012

Tahniah Adik Hani

Assalammualaikum..

Cikgu pasti ramai murid-murid Sk Lohan kenal dengan adik Hani Qamalia.. seorang murid yang aktif dalam kurikulum dan juga Ko-Kurikulum. Adik Hani mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengenal erti putus asa..

Mungkin ramai rakan - rakan adik Hani Qamalia yang tidak berpeluang untuk melihat beliau bercerita dan berpidato, jadi disini cikgu kongsikan  video adik Hani ketika menjadi Johan Bercerita Peringkat Zon Barat di SMK Nangka Tuaran dan Tempat Ketiga Pidato Negeri Sabah 2011. Walaupun pertandingan ini sudah lama berlalu tapi apa yang penting semangat dan keberanian adik Hani boleh menjadi pembakar semangat adik-adik yang lain untuk memajukan diri. 
Selamat menonton tapi sebelum tu cikgu mohon maaf kerana kualiti video amat tidak memuaskan.

Tahniah Adik Hani!

















Koleksi bahan ceramah


Assalammuaikum..

Disini saya kongsikan beberapa koleksi ceramah yang sangat berguna untuk meningkatkan kualiti pengajaran. koleksi bahan ceramah ini saya perolehi ketika menghadiri kursus dan seminar Bahasa Melayu.Harap dapat di manafaatkan....





Program 25 Sen

Assalammualaikum ...


Saya ingin kongsikan satu kemahiran menulis yang saya perolehi sewaktu menghadiri kursus dahulu. Nama program tu ialah program 25 sen. Mungkin ramai yang sudah tahu.. namun tak salah berkongsi kan.. di bawah adalah bahan powerpoint program tersebut.




Disini saya kongsikan beberapa hasil kerja murid dalam program 25 sen tu.
sudi-sudilah membelek.....

Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Melayu tahun 6




Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Melayu tahun 6



Isu-isu Tatabahasa




ISU-ISU TATABAHASA.

(I) PILIHANRAYA ATAU PILIHAN RAYA

1. Pilihanraya umum negara jiran kita baru saha selesai dilangsungkan.
2. Bandaraya itu sangat pesat membangun.


Huraian:-

Kedudukan ayat di atas salah dari segi hukum kata majmuk yang telah ditetepkan.Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan dengan unsure pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Oleh itu, ayat-ayat di atas perlu dibetulkan seperti berikut :


1. Pilihan raya umum negara jiran kita baru sahaja selesai dilangsungkan.

2. Bandar raya itu sangat pesat membangun.

Contoh-contoh yang lain termasuklah pasar raya, jalan raya, lebuh raya dan balai raya.

(II)  PERLANTIKAN ATAU PELANTIKAN.

1. En Muhamad telah menerima surat perlantikan sebagai pengurus syarikat perabot itu.

2. Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, semalam.

3. Perlaksanaan program pembangunan luar Bandar telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup    penduduk.

4.       Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat Multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.


HURAIAN.

Imbuhan beR..akan membentuk kata nama peR…an. Contohnya perkataan bergaduh boleh menerima imbuhab beR…an.. menjadi pergaduhan. Imbuhan meN- akan membentuk kata nama terbitan peN..an. Oleh sebab itu, tidak wujud bentuk kata nama perlantikan, perletakan, perlaksanaan dan perlucutan. Hal ini demikian kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlaksana, dan berlucut. Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:


Cara Mengenal Kata Nama




****CARA MENGENAL KATA NAMA****


  1. Gopal membeli tiga pasang baju dari pasar raya.
  2. Ayah menyembelih sepuluh ekor ayam pada hari raya yang lalu.
  3. Sebilangan penduduk di negara ini amat mementingkan kebersihan.
  4. Ketiga-tiga orang pelajar itu, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


HURAIAN

Kata nama merupakan kata yang menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama dapat diketahui apabila kata itu ,didahului oleh penjodoh bilangan. Misalnya dalam ayat (1). Baju didahului oleh penjodoh bilangan pasang. Kata nama juga boleh didahului oleh kata bilangan tentu. Dalam ayat (2), sepuluh merupakan kata bilangan tentu yang bergabung dengan penjodoh bilangan ekor dan kata nama ayam. Disamping itu, kata nama didahului oleh kata bilangan tak tentu juga, seperti sebilangan seperti dalam ayat (3). Seterusnya, kata nama boleh didahului oleh kata bilangan himpunan juga. Ayat (4), jelas menunjukkan contoh penggunaan kata bilangan himpunan yang mendahului kata nama. Iaitu " pelajar" ( 2 ) A 1."Ayah membeli perabot baharu. Ia diperbuat daripada kayu jati. 2." Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran. Ianya dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan.


HURAIAN

Kata ganti nama diri, ia hanya digunakan untuk manusia. Bukan untuk binatang, benda atau kata nama abstrak. Bentuk ianya ialah bentuk yang salah kerana kata ganti nama diri "ia" tidak boleh digabungkan dengan kata ganti nama diri-nya. Ayat-ayat di atas sepatutnya dimurnikan seperti yang berikut :-

1.(a) Ayah membeli perabot baharu. Perabot itu dibuat daripada kayu jati.

2.(b) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran dan dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Demikian seadanya...

Tips Menguasai Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Apabila kita memperkatakan mengenai Bahasa Melayu, orang akan tersenyum sinis tentu terdetik dalam hati " Ala kacang je tu" benarkah ibarat seperti yang diperkatakan. saya selaku guru Bahasa Melayu Tahun Enam SK Lohan tidak mengiyakan dan juga menidakkan. Apapun mata pelajaran akan menjadi susah kalau tidak adanya jati diri untuk mencintai, menghayati dan memegang konsep ingin belajar dalam diri. Sepanjang pengalaman saya sebagai tenaga pengajar Bahasa Melayu, banyak pengalaman yang ditempuh yang memaksa saya berusaha mencari titik utama masalah atas kelemahan murid..Dalam konteks tahun enam, memerlukan murid berhadapan dengan dua kertas iaitu Bahasa Melayu 011 dan Bahasa Melayu 012. Kedua-dua kertas ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Menyebabkan murid gagal "Score A". Berdasarkan pengalaman ini juga dapat saya simpulkan masalah utama kalangan murid ialah kurangnya pembacaan menyebabkan gagal aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan pengolahan struktur ayat yang baik. Oleh itu suka saya paparkan satu kenyataan di bawah. Moga ini menjadi perangsang kepada murid-murid dan menambahkan keyakinan bahawa jika kita berusaha semuanya pasti boleh.

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Wong Yujing 18, dari sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, sejarah, matematik, Matematik tambahan, Fizik, Kimia, Bioligi dan Tasawwur Islam." Mata Pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu menganai agama Islam" kata anak sulung dari tiga beradik ketika di temui pemberita di sekolahnya di sini hari ini. Wong berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran dan cuba memahaminya dengan mendalam. Katanya lagi, " Kita kena rajin mentelaah. begitu juga pelajaran lain. saya tekun mempelajarinya. " saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan" ,kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang Kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.( Demikian sebahagian senerio kehidupan seorang yang bergelar murid..kenapa kita tidak ikut jejak langkah pada yang cemerlang.

Bersama ini juga, saya paparkan beberapa tips-tips bagi menguasai Bahasa Melayu penulisan khususnya sebagai panduan murid-murid tahun 4,5 dan 6. Moga ianya mampu memberi sedikit input yang bermanafaat bagi semua.




Saturday 24 March 2012

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Utara Daerah Ranau 2012






Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Utara Daerah Ranau 2012

Definisi Bahasa Melayu


Pengenalan

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu.

Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.