Sunday 25 March 2012

Isu-isu Tatabahasa




ISU-ISU TATABAHASA.

(I) PILIHANRAYA ATAU PILIHAN RAYA

1. Pilihanraya umum negara jiran kita baru saha selesai dilangsungkan.
2. Bandaraya itu sangat pesat membangun.


Huraian:-

Kedudukan ayat di atas salah dari segi hukum kata majmuk yang telah ditetepkan.Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan dengan unsure pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Oleh itu, ayat-ayat di atas perlu dibetulkan seperti berikut :


1. Pilihan raya umum negara jiran kita baru sahaja selesai dilangsungkan.

2. Bandar raya itu sangat pesat membangun.

Contoh-contoh yang lain termasuklah pasar raya, jalan raya, lebuh raya dan balai raya.

(II)  PERLANTIKAN ATAU PELANTIKAN.

1. En Muhamad telah menerima surat perlantikan sebagai pengurus syarikat perabot itu.

2. Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, semalam.

3. Perlaksanaan program pembangunan luar Bandar telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup    penduduk.

4.       Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat Multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.


HURAIAN.

Imbuhan beR..akan membentuk kata nama peR…an. Contohnya perkataan bergaduh boleh menerima imbuhab beR…an.. menjadi pergaduhan. Imbuhan meN- akan membentuk kata nama terbitan peN..an. Oleh sebab itu, tidak wujud bentuk kata nama perlantikan, perletakan, perlaksanaan dan perlucutan. Hal ini demikian kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlaksana, dan berlucut. Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:


No comments:

Post a Comment