Sunday 25 March 2012

Cara Mengenal Kata Nama




****CARA MENGENAL KATA NAMA****


  1. Gopal membeli tiga pasang baju dari pasar raya.
  2. Ayah menyembelih sepuluh ekor ayam pada hari raya yang lalu.
  3. Sebilangan penduduk di negara ini amat mementingkan kebersihan.
  4. Ketiga-tiga orang pelajar itu, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


HURAIAN

Kata nama merupakan kata yang menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama dapat diketahui apabila kata itu ,didahului oleh penjodoh bilangan. Misalnya dalam ayat (1). Baju didahului oleh penjodoh bilangan pasang. Kata nama juga boleh didahului oleh kata bilangan tentu. Dalam ayat (2), sepuluh merupakan kata bilangan tentu yang bergabung dengan penjodoh bilangan ekor dan kata nama ayam. Disamping itu, kata nama didahului oleh kata bilangan tak tentu juga, seperti sebilangan seperti dalam ayat (3). Seterusnya, kata nama boleh didahului oleh kata bilangan himpunan juga. Ayat (4), jelas menunjukkan contoh penggunaan kata bilangan himpunan yang mendahului kata nama. Iaitu " pelajar" ( 2 ) A 1."Ayah membeli perabot baharu. Ia diperbuat daripada kayu jati. 2." Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran. Ianya dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan.


HURAIAN

Kata ganti nama diri, ia hanya digunakan untuk manusia. Bukan untuk binatang, benda atau kata nama abstrak. Bentuk ianya ialah bentuk yang salah kerana kata ganti nama diri "ia" tidak boleh digabungkan dengan kata ganti nama diri-nya. Ayat-ayat di atas sepatutnya dimurnikan seperti yang berikut :-

1.(a) Ayah membeli perabot baharu. Perabot itu dibuat daripada kayu jati.

2.(b) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran dan dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Demikian seadanya...

No comments:

Post a Comment