Sunday 25 March 2012

Tips Menguasai Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Apabila kita memperkatakan mengenai Bahasa Melayu, orang akan tersenyum sinis tentu terdetik dalam hati " Ala kacang je tu" benarkah ibarat seperti yang diperkatakan. saya selaku guru Bahasa Melayu Tahun Enam SK Lohan tidak mengiyakan dan juga menidakkan. Apapun mata pelajaran akan menjadi susah kalau tidak adanya jati diri untuk mencintai, menghayati dan memegang konsep ingin belajar dalam diri. Sepanjang pengalaman saya sebagai tenaga pengajar Bahasa Melayu, banyak pengalaman yang ditempuh yang memaksa saya berusaha mencari titik utama masalah atas kelemahan murid..Dalam konteks tahun enam, memerlukan murid berhadapan dengan dua kertas iaitu Bahasa Melayu 011 dan Bahasa Melayu 012. Kedua-dua kertas ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Menyebabkan murid gagal "Score A". Berdasarkan pengalaman ini juga dapat saya simpulkan masalah utama kalangan murid ialah kurangnya pembacaan menyebabkan gagal aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan pengolahan struktur ayat yang baik. Oleh itu suka saya paparkan satu kenyataan di bawah. Moga ini menjadi perangsang kepada murid-murid dan menambahkan keyakinan bahawa jika kita berusaha semuanya pasti boleh.

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Wong Yujing 18, dari sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, sejarah, matematik, Matematik tambahan, Fizik, Kimia, Bioligi dan Tasawwur Islam." Mata Pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu menganai agama Islam" kata anak sulung dari tiga beradik ketika di temui pemberita di sekolahnya di sini hari ini. Wong berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran dan cuba memahaminya dengan mendalam. Katanya lagi, " Kita kena rajin mentelaah. begitu juga pelajaran lain. saya tekun mempelajarinya. " saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan" ,kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang Kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.( Demikian sebahagian senerio kehidupan seorang yang bergelar murid..kenapa kita tidak ikut jejak langkah pada yang cemerlang.

Bersama ini juga, saya paparkan beberapa tips-tips bagi menguasai Bahasa Melayu penulisan khususnya sebagai panduan murid-murid tahun 4,5 dan 6. Moga ianya mampu memberi sedikit input yang bermanafaat bagi semua.




No comments:

Post a Comment