Sunday 29 April 2012


                                                

SEBENARNYA...................


BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG ini..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?
Jadilah “Cikgu Terbaik” sehingga akhir usiamu..

*Bondaamer*




Saturday 21 April 2012

Hormati Ibu - Video Paling Mengharukan Yang Wajib Ditonton !!

lihat diri anda selepas menonton klip ini

MOTIVASI SPIRITUAL : "MENGENAL POTENSI DIRI" (By : Muhammad Khairil)

VIDEO MOTIVASI tuliskan targetnya-jangan di awang2.wmv

One summer night - Kim Hyung Joong, Yi So Eun

doa untuk ibu bapa

puisi 4

Cikgu Malaysia: Himpunan Blog dan Laman Web Cikgu, Isu Dunia Pendidikan dan Guru

Cikgu Malaysia: Himpunan Blog dan Laman Web Cikgu, Isu Dunia Pendidikan dan Guru

centerPelik! Tembikai Tidak Semestinya Bulat/center

centerPelik! Tembikai Tidak Semestinya Bulat/center

Wednesday 18 April 2012

sekilas pandang Sk. Lohan Ranau

Wajah ceria yang jelas terpancar menambahkan kasih sayang seorang guru..
Senyum Seindah suria yang membawa cahaya...
Keluargalah yang menjadi inspirasi dan dorongan dalam hidup- Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.
Peserta MTQ Zon Utara, Daerah Ranau, Sabah.
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..
Menyampaikan hadiah kepada para pemenang MTQ Zon Utara
Para Hakim yang terlibat dalam Majlis MTQ Zon Utara
Wajah-wajah ceria gadis pingitan Kg,
Program Motivasi Sk. Lohan

Hubungan keakraban sesama sahabat.
Ucapan dari Pegawai Pelajaran Daerah Ranau Sempena Kem Motivasi Sk. Lohan. 
Ucapan dariada Guru Besar Sk. Lohan, En. Adnan Abdul Hamid


.

Monday 16 April 2012

KISAH DISEBALIK SEEKOR ARNAB


Pada suatu hari seekor arnab dan kura-kura telah membuat pertaruhan bagi menentukan siapakah yang lebih pantas. Setelah bersetuju dengan laluan, mereka telah memulakan larian. Arnab telah memecut dengan lajunya. Apabila ia mendapati dirinya telah jauh meninggalkan kura-kura, arnab memutuskan untuk berehat sebentar. Tidak lama kemudian, iapun terlena, kura-kura pula dengan perlahan-lahan telah memintas arnab hingga ke garisan penamat. Kura-kura menang dalam pertaruhan itu. Ya adik-adik ku sayang..apakah pengajaran yang kita peroleh daripada kisah ini?

" Slow and steady wins the race?" " Biar lambat Asal Selamat"?, Renungkan sejenak sambil mendengar kisah selanjutnya adik-adik. Apabila arnab terjaga, ia berasa sangat kesal dan kecewa kerana telah mensia-siakan kebolehannya dengan  sikar berunyai-unyai atau sikap sambil lewanya. Maka arnabpun mencabar kura-kura untuk berlumba sekali lagi. Kali ini arnab telah memecut dengan sebegitu laju sehinggalah ke garisan penamat. Arnab akhirnya memenangi perlumbaan ini. Apakah pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah ini?" Yang pantasa dan tekal sentiasa berjaya berbanding yang lambat dan berlengah".

Dalam sebuah organisasi, jika terdapat seorang yang menjalankan tugas dengan pantas lagi cekap dan seorang yang boleh diharapkan tetapi lambat dalam menjalankan tugas siapakah agaknya yang memanjat tangga kejayaan dengan lebih cepet? " Yang pantas dan tekal akan sentiasa menang.

Kini kura-kura berfikir. Ia sedar bahawa dia tidak akan sama sekali memenangi  mengikut format lumba lari sedia ada. Selepas berfikir sedalam-dalamnya, kura-kura  mencabar arnab berlumba sekali lagi tetapi mengikut laluan yang berlainan. Arnab bersetuju, merekapun memulakan larian. Seperti biasa, arnab dengan penuh keyakinan terus memecut laju sehinggalah sampai ke tepi sungai. Garisan penamat terletak beberapa kilometer selepas sungai. Sambil memikirkan bagaimana ia hendak menyeberangi sungai itu, kura-kura pula dengan perlahan-lahan dapat mengejar arnab. Apabila ia sampai ke tepi sungai, kura-kura terus masuk ke dalam sungai, menyeberanginya dan meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat. Apakah pengajaran yang di peroleh daripada larian ketiga ini?

Kita perlu mengetahui kebolehan yang ada pada diri kita, kita juga perlu mengetahui kelemahan kita. Seterusnya kita perlu menggubal strategi untuk menangani sebarang cabaran dalam usaha mencapai cita-cita kita. Kita perlu juga mengubahsuai persekitaran kerja kita supaya dapat memeksimumkan kompetensi kita demi kejayaan kita dan sekolah kita. Oleh itu, jika anda pandai bercakap, anda perlulah cari dan wujudkan peluang untuk memberikan persembahan atau menjadi pengacara majlis dan sebagainya.

Bekerja mengikut kompetensi, bukan sahaja menentukan ketrampilan kita, bukan sahaja menjadikan kita terserlah, ia akan membangunkan kerjaya kita. Bahkan, ia juga akan membawa manafaat kepada organisasi kita, kerana kita telah menggunakan kebolehan kita sepenuh-penuhnya demi kejayaan organisasi kita. Kini, kura-kura dan arnab telah menjadi kawan baik. Mereka bersama-sama berfikir bagaimana kedua-duanya boleh meraih kemenangan bersama dalam perlumbaan mereka. Akhirnya, mereka memutuskan untuk berlumba sekali lagi sebagai satu pasukan.

Pada kali ini, arnab telah membawa kura-kura di belakangnya sehingga ke tebing sungai. Kura-kura pula membawa arnab di belakangnya dan terus menyeberangi sungai tersebut. Apabila tiba di seberang sungai, arnab sekali lagi membawa kura-kura di belakangnya dan meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat.

Apakah pengajaran dari cerita ini?

Pertamanya, kerja berpasukan merupakan pendekatan lebih strategik daripada kerja bersendirian. Walau bijaksana dan kompeten macam mana sekalipun, jika kita tidak bekerja sebagai satu pasukan dengan rakan-rakan sejawat kita, dengan bahagian-bahagian lain, kita akan mencatat satu potensi yang rendah. Ini adalah kerana sering kali terdapat situasi di mana rakan-rakan kita akan mempunyai kompetensi untuk menjalankan sesuatu tugas lebih baik daripada kita Bekerja berpasukan akan membawa synergi yang memberikan hasil yang lebih baik dan lebih besar berbanding hasil kerja bersendirian. Pernah di tanya rahsia kemenangan. Pemenang itu menjawab, " Semasa saya di bangku sekolah, setiap hari apabila saya balik dari sekolah, ibu saya akan bertanya kepada saya, " Anak, apakah soalan-soalan bijak dan pandai yang telah anak tanya di sekolah. " Budaya menanyakan soalan, asuhan ibunya, telah mengasah mindanya hingga memenangi hadiah Novel"...

bondaamer-Sk Lohan 2012.

SEKADAR RENUNGAN, BUAT ADIK-ADIK DAN TEMAN-TEMAN YANG DIKASIHI,

RUDYARD KIPLING... seorang penyajak Inggeris pernah mengarang sajak ,

I keep six honest serving men,
They taught me all i knew,
Their names are what and why and when,
And how and where and who..

           Jika kita ingin meningkatkan mutu hidup kita, memajukan lagi organisasi kita dan memupuk minda kelas pertama, kita juga perlu bertanya soalan-soalan yang bijak dan pandai. Fokus adalah sebanding dengan kenyataan. Apa yang kita fokus itulah yang kita dapat. Untuk menjelaskan lagi maksud fokus, marilah dengan saya ke bandar Mexico pada 20 oktober 1968, jam 2 petang. Atlet-atlet sedang memulakan marathon Olimpik. Mereka bergegas-gegas ke depan untuk menerajui larian. Dalam keadaan terburu-buru itu, seorang atlet Tanzania tersungkur dan dipijak oleh atlet-atlet yang lain. Ia cuba bangun untuk meneruskan larian, tetapi kakinya tidak mengizinkan. Namun, ia bangun dan berjalan terdengkot-dengkot, berlari mengheret kaki yang patah, kaki berlumuran darah.
           
          Wajahnya penuh kesakitan, setiap langkah membawa kesengsaraan yag tidak tertahan. Namun ia berusaha. Di stadium Olimpik, tempat tamat marathon. Jam menunjukkan jam 7 malam. Tiga jam sebelum semua pelari telah menghabiskan larian mereka. 5 jam selepas ia memulakan larian, John Steven Aquari dari Tanzania, pelari terakhir berjaya menghabiskan larian marathon Olimpik 1968: diiringi dengan tepukan gemuruh.
           
         Apabila suasana di stadium reda, para penonton berpusu-pusu ke pintu pagar dan Aquari di beri rawatan dan disediakan untuk di bawa ke hospital, seorang pemberita sempat bertanynya mengapa ia meneruskan perlumbaan walaupun tercedera. Adalah lebih baik dia menarik diri dari mengalami penderitaan dan kesakitan. Maka ia menjawab : " Negara say telah menghantar saya 7000 batu jauhnya ke sini bukan untuk memulakan larian...tetapi untuk menghabiskannya....
Itulah yang dimaksudkan fokus adik-adik.. SEMANGAT YANG KENTAL DAN WAJA KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMAT SEBAGAIMANA KITA FOKUS KEPADA MATLAMAT PERIBADI KITA. KITA JUGA PERLU SENTIASA FOKUS KEPADA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA PELAJAR/PENDIDIK KHUSUSNYA.

Akhir kata:
Bila belajar usahlah lewa,
Jadikan motivasi sebagai peranggu minda,
Memaksimumkan kompetensi menjana wibawa,
Gandakan usaha,jangan berpada,
Bila berpasukan bawa keuntungan,
Misi,Visi SEKOLAH dilupa jangan,
Fokus dan istiqomah asas keterbilangan.
Terima kasih.

bondaamer- SK Lohan 2012.

Thursday 12 April 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian BM Tahun 6



Photobucket


Assalammualaikum...

Contoh RPH BM Tahun 6 nih saya kongsi dari rakan blogger disini http://akugpc.blogspot.com.. saya tolong sebarkan untuk manafaat kita bersama..

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6


Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 7 februari 2011

Masa : 9.15 am - 10.15 am (60minit)

Tahun : 6 Amanah

Bil Murid : 30 orang

Tema : Sejarah

Tajuk : Kembara Sejarah

Nilai Murni : i. Bekerjasama

ii. Hormat-menghormati

iii. Patriotisme

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat;

i. Murid dapat menyumbangkan dua isi daripada lima isi perwatakan laksamana Cheng Ho secara berkumpulan

ii. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujuh kata penguat di dalam buku teks .

iii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap pantun bertemakan Pelayaran Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan




Fokus Utama :

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai..

Aras 3

i. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis.

Fokus Sampingan :

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah menarik dan bermakna.

Aras 3

Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat , indah dan menarik.


Kemahiran Bernilai Tambah : kemahiran Berfikir :-

i .Merumus

ii. Mengenal pasti idea utama

iii. Membanding beza




Kecerdasan Pelbagai

i. Interpersonal

ii. Verbal-linguistik

kaedah penggabungjalinan dan teknik perbincangan


Tatabahasa : Kata penguat belakang, kata penguat hadapan

BBM : Teks, Video,Lembaran Kerja


Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar cerita tentang Sejarah Melaka dan Laksamana Cheng Ho

Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.



Langkah
Isi Pelajaran
Kaedah Penyampaian
Catatan
Set induksi
5 minit
1. Guru berbual-bual dengan murid tentang perlabuhan negeri Melaka sebagai perlabuhan interpot.
2. Guru Mempertontonkan Video gambaran perlabuhan negeri Melaka.
1.1 guru bertanya murid samaada mereka pernah mendengar sejarah Melaka ataupun tidak.
1.2 guru menceritakan tentaang keagungan dan kemasyuran Melaka pada suatu ketika dahulu.
1.3 guru menceritakan lambakan pedagang dari Negara asing dan bahasa melayu sebagai bahasa lingua franca
-china
-portugis
-Arab
1.4 Guru menceritakan tokoh pedagang yang terkenal turut datang
- Laksamana Cheng Ho
Tayangan video menggunakan Notebook dan LCD
Nilai :
Patriotisme
Langkah 1
10 minit
1. guru menggunakan teks dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 6 halaman 128
2. Murid menjawab secara lisan

1.1 guru meminta seorang demi seorang murid membaca kuat teks dan guru membetulkan kesalahan dalam pembacaan murid.
1.2 Guru meminta semua murid membaca teks secara bersama-sama.
1.3 guru meminta murid menjelaskan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca.
1.4 guru menjelaskan bahawa kata penguat hadapan dan penguat belakang digunakan untuk menegaskan lagi maksud sesuatu ayat.
-sangat
-amat
-lah
1.5 guru meminta murid mnyenaraikan kata penguat belakang dan hadapan secara lisan.
Buku teks bahasa melayu tahun 6
Kertas mahjung
Kemahiran Ganerik: Kemahiran Berfikir
teknik perbincangan
Nilai : Hormat-menghormati
Langkah 2
10 minit
1. Murid secara berkumpulan menyenaraikan perwatakan laksamana Cheng Ho dan menyatakan pengajaran yang terdapat dalam teks tersebut.
2.Secara berkumpulan murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam buku teks berkaitan dengan perwatakan laksamana Cheng Ho
1.1 guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru memberi kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
1.2 Setiap kumpulan hendaklah menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho, nilai yang bersesuaian dengan teks dan menyatakan kesan perhubungan yang ingin dijalinkan oleh laksamana cheng ho dengan negeri Melaka dalam bentuk lakaran kerangka.
1.3 guru meminta murid-murid di dalam setiap kumpulan membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam teks
1.4 Guru meminta setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas
teknik perbincangan
Nilai: bekerjasama
Langkah 3
20 minit
1. Membina 3 rangkap pantun bertemakan pelayaran laksaman Cheng Ho
1.1 Guru meminta pelajar dalam kumpulan yang sama menghasilkan 3 rangkap pantun bertemakan laksamana cheng ho di atas kertas warna yang disediakan.
1.2 Pantun hendaklah ditulis dengan menggunakan tulisan berangkai
1.3 Guru menyatakan kumpulan yang Berjaya menyiapkan pantun yang terbaik dan cantik akan diberikan token untuk setiap ahlinya.
BBM:
Kertas warna
Pensel warna
Nilai:
Kerjasama
Penutup
5 minit
1. ulasan guru
1.1 guru mengulas semula tajuk pejaran pada hari ini dan menyatakan nilai kerjasama dan persahabatan di antara dua buah Negara dapat memperkukuhkan lagi Negara tersebut dan rakyat akan hidup dalam keadaan selesa.
1.2 Guru menjelaskan bahawa Negara Malaysia mempunyai khazanah yang berharga dan murid-murid bertanggungjawab menjaga khazanah Negara dari di cerobohi.
1.3 Guru menjelaskan bahawa murid-murid perlu menjalinkan hubungan baik sesame sendiri dan bekerjasama.
1.4 Guru memupuk semangat dalam diri muri-murid agar melawat Negara asing agar bertambah ilmu di dada.
Kaedah pengukuhan

Wednesday 4 April 2012

Mari Belajar Simpulan Bahasa




Assalamualaikum ..salam perpaduan..

Bertemu lagi adik-adik...berikut adalah Simpulan Bahasa yang cikgu kumpulkan untuk panduan adik-adik...mudahkan...

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'

1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can
Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

13. Ada Hati
Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat Balai
Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik Angkat
Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar
Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung
Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku
Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba
Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening
Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan
Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib
Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung
Maksud: Mencari rezeki.

26. Air Mandi
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka
Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

28. Air Pasang
Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

29. Air Sembilan
Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.


30. Air Setaman
Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

31. Air Surut
Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam
Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal Belut
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal Kancil
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal
Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

38. Alas Perut
Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal
Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin
Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka
Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing
Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran Masa
Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat
Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil Abu
Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil Ada
Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin
Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

48. Ambil Bahagian
Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

49. Ambil Berat
Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan
Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati
Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat
Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil Ingatan
Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka
Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu
Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam
Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air
Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak Angkat
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju
Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

61. Anak Buah
Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukit
Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak Didik
Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak Emas
Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara
Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak Haram
Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan
Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung
Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

69. Anak Kapal
Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak Negeri
Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.

71. Anak Perahu
Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

72. Anak Piatu
Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal
Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

75. Anak Tut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis
Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.

77. Angkat Bahu
Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat Diri
Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat Kaki
Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening
Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata
Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat Muka
Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat Nama
Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.

85. Angkat Suara
Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam
Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap
Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api Peperangan
Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api Percintaan
Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di Dahi
Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening
Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka
Mendapat malu.

94. Asam Garam
Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas Angin
Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas Nama
Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:
Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:
Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:
Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.



Sumber diperolehi dari seribahasa