Monday 16 April 2012

KISAH DISEBALIK SEEKOR ARNAB


Pada suatu hari seekor arnab dan kura-kura telah membuat pertaruhan bagi menentukan siapakah yang lebih pantas. Setelah bersetuju dengan laluan, mereka telah memulakan larian. Arnab telah memecut dengan lajunya. Apabila ia mendapati dirinya telah jauh meninggalkan kura-kura, arnab memutuskan untuk berehat sebentar. Tidak lama kemudian, iapun terlena, kura-kura pula dengan perlahan-lahan telah memintas arnab hingga ke garisan penamat. Kura-kura menang dalam pertaruhan itu. Ya adik-adik ku sayang..apakah pengajaran yang kita peroleh daripada kisah ini?

" Slow and steady wins the race?" " Biar lambat Asal Selamat"?, Renungkan sejenak sambil mendengar kisah selanjutnya adik-adik. Apabila arnab terjaga, ia berasa sangat kesal dan kecewa kerana telah mensia-siakan kebolehannya dengan  sikar berunyai-unyai atau sikap sambil lewanya. Maka arnabpun mencabar kura-kura untuk berlumba sekali lagi. Kali ini arnab telah memecut dengan sebegitu laju sehinggalah ke garisan penamat. Arnab akhirnya memenangi perlumbaan ini. Apakah pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah ini?" Yang pantasa dan tekal sentiasa berjaya berbanding yang lambat dan berlengah".

Dalam sebuah organisasi, jika terdapat seorang yang menjalankan tugas dengan pantas lagi cekap dan seorang yang boleh diharapkan tetapi lambat dalam menjalankan tugas siapakah agaknya yang memanjat tangga kejayaan dengan lebih cepet? " Yang pantas dan tekal akan sentiasa menang.

Kini kura-kura berfikir. Ia sedar bahawa dia tidak akan sama sekali memenangi  mengikut format lumba lari sedia ada. Selepas berfikir sedalam-dalamnya, kura-kura  mencabar arnab berlumba sekali lagi tetapi mengikut laluan yang berlainan. Arnab bersetuju, merekapun memulakan larian. Seperti biasa, arnab dengan penuh keyakinan terus memecut laju sehinggalah sampai ke tepi sungai. Garisan penamat terletak beberapa kilometer selepas sungai. Sambil memikirkan bagaimana ia hendak menyeberangi sungai itu, kura-kura pula dengan perlahan-lahan dapat mengejar arnab. Apabila ia sampai ke tepi sungai, kura-kura terus masuk ke dalam sungai, menyeberanginya dan meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat. Apakah pengajaran yang di peroleh daripada larian ketiga ini?

Kita perlu mengetahui kebolehan yang ada pada diri kita, kita juga perlu mengetahui kelemahan kita. Seterusnya kita perlu menggubal strategi untuk menangani sebarang cabaran dalam usaha mencapai cita-cita kita. Kita perlu juga mengubahsuai persekitaran kerja kita supaya dapat memeksimumkan kompetensi kita demi kejayaan kita dan sekolah kita. Oleh itu, jika anda pandai bercakap, anda perlulah cari dan wujudkan peluang untuk memberikan persembahan atau menjadi pengacara majlis dan sebagainya.

Bekerja mengikut kompetensi, bukan sahaja menentukan ketrampilan kita, bukan sahaja menjadikan kita terserlah, ia akan membangunkan kerjaya kita. Bahkan, ia juga akan membawa manafaat kepada organisasi kita, kerana kita telah menggunakan kebolehan kita sepenuh-penuhnya demi kejayaan organisasi kita. Kini, kura-kura dan arnab telah menjadi kawan baik. Mereka bersama-sama berfikir bagaimana kedua-duanya boleh meraih kemenangan bersama dalam perlumbaan mereka. Akhirnya, mereka memutuskan untuk berlumba sekali lagi sebagai satu pasukan.

Pada kali ini, arnab telah membawa kura-kura di belakangnya sehingga ke tebing sungai. Kura-kura pula membawa arnab di belakangnya dan terus menyeberangi sungai tersebut. Apabila tiba di seberang sungai, arnab sekali lagi membawa kura-kura di belakangnya dan meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat.

Apakah pengajaran dari cerita ini?

Pertamanya, kerja berpasukan merupakan pendekatan lebih strategik daripada kerja bersendirian. Walau bijaksana dan kompeten macam mana sekalipun, jika kita tidak bekerja sebagai satu pasukan dengan rakan-rakan sejawat kita, dengan bahagian-bahagian lain, kita akan mencatat satu potensi yang rendah. Ini adalah kerana sering kali terdapat situasi di mana rakan-rakan kita akan mempunyai kompetensi untuk menjalankan sesuatu tugas lebih baik daripada kita Bekerja berpasukan akan membawa synergi yang memberikan hasil yang lebih baik dan lebih besar berbanding hasil kerja bersendirian. Pernah di tanya rahsia kemenangan. Pemenang itu menjawab, " Semasa saya di bangku sekolah, setiap hari apabila saya balik dari sekolah, ibu saya akan bertanya kepada saya, " Anak, apakah soalan-soalan bijak dan pandai yang telah anak tanya di sekolah. " Budaya menanyakan soalan, asuhan ibunya, telah mengasah mindanya hingga memenangi hadiah Novel"...

bondaamer-Sk Lohan 2012.


2 comments:

  1. Berat sama dipikul..ringan sama dijinjing...bersatu kita teguh..bercerai kita roboh..semuanya berkaitan dengan kerja dan semangat sepasukan..betul tak cikgu Asnah?:-)

    ReplyDelete