Monday 16 April 2012

SEKADAR RENUNGAN, BUAT ADIK-ADIK DAN TEMAN-TEMAN YANG DIKASIHI,

RUDYARD KIPLING... seorang penyajak Inggeris pernah mengarang sajak ,

I keep six honest serving men,
They taught me all i knew,
Their names are what and why and when,
And how and where and who..

           Jika kita ingin meningkatkan mutu hidup kita, memajukan lagi organisasi kita dan memupuk minda kelas pertama, kita juga perlu bertanya soalan-soalan yang bijak dan pandai. Fokus adalah sebanding dengan kenyataan. Apa yang kita fokus itulah yang kita dapat. Untuk menjelaskan lagi maksud fokus, marilah dengan saya ke bandar Mexico pada 20 oktober 1968, jam 2 petang. Atlet-atlet sedang memulakan marathon Olimpik. Mereka bergegas-gegas ke depan untuk menerajui larian. Dalam keadaan terburu-buru itu, seorang atlet Tanzania tersungkur dan dipijak oleh atlet-atlet yang lain. Ia cuba bangun untuk meneruskan larian, tetapi kakinya tidak mengizinkan. Namun, ia bangun dan berjalan terdengkot-dengkot, berlari mengheret kaki yang patah, kaki berlumuran darah.
           
          Wajahnya penuh kesakitan, setiap langkah membawa kesengsaraan yag tidak tertahan. Namun ia berusaha. Di stadium Olimpik, tempat tamat marathon. Jam menunjukkan jam 7 malam. Tiga jam sebelum semua pelari telah menghabiskan larian mereka. 5 jam selepas ia memulakan larian, John Steven Aquari dari Tanzania, pelari terakhir berjaya menghabiskan larian marathon Olimpik 1968: diiringi dengan tepukan gemuruh.
           
         Apabila suasana di stadium reda, para penonton berpusu-pusu ke pintu pagar dan Aquari di beri rawatan dan disediakan untuk di bawa ke hospital, seorang pemberita sempat bertanynya mengapa ia meneruskan perlumbaan walaupun tercedera. Adalah lebih baik dia menarik diri dari mengalami penderitaan dan kesakitan. Maka ia menjawab : " Negara say telah menghantar saya 7000 batu jauhnya ke sini bukan untuk memulakan larian...tetapi untuk menghabiskannya....
Itulah yang dimaksudkan fokus adik-adik.. SEMANGAT YANG KENTAL DAN WAJA KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMAT SEBAGAIMANA KITA FOKUS KEPADA MATLAMAT PERIBADI KITA. KITA JUGA PERLU SENTIASA FOKUS KEPADA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA PELAJAR/PENDIDIK KHUSUSNYA.

Akhir kata:
Bila belajar usahlah lewa,
Jadikan motivasi sebagai peranggu minda,
Memaksimumkan kompetensi menjana wibawa,
Gandakan usaha,jangan berpada,
Bila berpasukan bawa keuntungan,
Misi,Visi SEKOLAH dilupa jangan,
Fokus dan istiqomah asas keterbilangan.
Terima kasih.

bondaamer- SK Lohan 2012.

2 comments:

  1. Menuntut ilmu adalah satu perjuangan untuk mencapai suatu matlamat....

    ReplyDelete
  2. Menuntut ilmu...pembelajaran sepanjang hayat...SEMAKIN TINGGI TERBANG MENCARI, SEMAKIN BANYAK DIRASA TAK DITEMUI...KITA AKAN TERUS TERBANG DAN MENCARI LAGI..SELAGI HAYAT MENGIZINKAN..TQVM.

    ReplyDelete