Thursday 29 March 2012

ISU-ISU TATA BAHASA

Assalamualaikum, bertemu kembali adik-adik..
Hari ini cikgu akan berkongsi dengan adik-adik pelajar tentang perkataan " BANYAK".Mari kita belajar bersama dengan cikgu..

1. Penulis yang mempunyai banyak pengalaman menghasilkan karya yang bermutu.
2. Penulis yang mempunyai banyak pengalaman dapat menghasilkan karya yang bermutu.
3. Penulis yang mempunyai pengalaman yang banyak dapat menghasilkan karya yang bermutu.

Huraian :

          Perkataan banyak tergolong dalam golongan kata bilangan tak tentu dan kata adjektif. Oleh sebab itu ayat ( 1 ) adalah betul kerana kata kerja transitif mempunyai diikuti oleh kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Begitu juga halnya dengan ayat ( 2 ) dan ayat ( 3 ) yang tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pengguna bahasa. Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul.
Selamat Membaca..

Bingkisan Bahasa
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Wilayah Selatan
Bil. 1/2006.

2 comments: