Sunday 25 March 2012

Tahniah Adik Hani

Assalammualaikum..

Cikgu pasti ramai murid-murid Sk Lohan kenal dengan adik Hani Qamalia.. seorang murid yang aktif dalam kurikulum dan juga Ko-Kurikulum. Adik Hani mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengenal erti putus asa..

Mungkin ramai rakan - rakan adik Hani Qamalia yang tidak berpeluang untuk melihat beliau bercerita dan berpidato, jadi disini cikgu kongsikan  video adik Hani ketika menjadi Johan Bercerita Peringkat Zon Barat di SMK Nangka Tuaran dan Tempat Ketiga Pidato Negeri Sabah 2011. Walaupun pertandingan ini sudah lama berlalu tapi apa yang penting semangat dan keberanian adik Hani boleh menjadi pembakar semangat adik-adik yang lain untuk memajukan diri. 
Selamat menonton tapi sebelum tu cikgu mohon maaf kerana kualiti video amat tidak memuaskan.

Tahniah Adik Hani!

















No comments:

Post a Comment